Ditampar, Ditendang Awek, Lelaki Ini Masih Tenang, Lihat lepas Dia Hilang Sabar


Kakishare.my - Orang cakap 'real man' tak akan pukul wanita terutama orang yang disayangi. Tapi bila anda, lelaki berada di situasi begini bolehkah anda bertenang lagi bila ditampar dan disepak ditempat awam macam tu.

Pada pandangan admin, lelaki itu dah cukup bersabar, ada usaha untuk memujuk dan meredakan keadaan tetapi wanita itu masih 'menguji' kesabarannya.

Anda tengok dan nilaikan sendiri.

Subhanallah..Pengurus Jenazah Sedih Apa Yang Berlaku Kepada Jenazah Dimandikannya Ini


Lagi perkongsian bermanfaat dari Ustaz Syed Sohleh; 

SALAH SATU DARIPADA PENGALAMAN YANG SAYA LALUI SENDIRI KETIKA MENGURUSKAN JENAZAH.

Kepentingan dalam menerapkan pendidikan dan ilmu agama kepada anak anak menjadi penentu kepada pembentukan sahsiah dan jatidiri dalam pembesaran mereka. Hayatilah perkongsian di bawah ini mudahan menjadi sempadan dan tauladan kita bersama.

Salam Ramadhan Kareem. Atas amanah dan tanggungjawab yang ALLAH ilhamkan buat diri ini, sekali lagi saya dijemput oleh sebuah hospital di bandar yang terkemuka dan elit. Mohon keampunan dari ALLAH SWT atas nawaitu saya perkongsian pengalaman ini sebagai jalan muhasabah dan peringatan untuk saya dan kita semua agar meletakkan setiap perlakuan sebagai ibadah dan nawaitu kerana ALLAH. Seperti kelaziman, saya diundang melalui panggilan telefon daripada pihak forensik untuk memandikan dan mengkafankan seorang lagi jenazah. Sepanjang perjalanan saya, hati ini terusan berdoa agar saya tidak dipertemukan dengan sebarang kejadian pelik dan hanya memohon agar sepanjang pengurusan segalanya berjalan lancar dan sempurna dengan IzinNya. Sampainya saya dihospital, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah dan rutin saya sebelum saya mandikan jenazah, saya akan membentangkan kain kafan terlebih dahulu agar mudah urusan saya seterusnya.

Setelah selesai menyediakan peralatan mandian, saya tergerak hati untuk menjemput waris arwah iaitu anak anaknya untuk turut serta dalam meraih pahala terakhir untuk jenazah ayah mereka. Malangnya ajakan saya langsung tidak diendahkan oleh tiga anak lelakinya. Kelihatan juga isteri arwah dan dua anak perempuannya. Kemungkinan merasa malu dengan tindakan anak lelakinya yang langsung tidak memperdulikan ajakan saya, siibu lantas bersuara agar saya meneruskan sahaja urusan mandian jenazah suaminya itu. Sekadar menurut arahan saya meneruskan tanggungjawab saya bersama seorang pembantu forensik hospital.

Setelah selesai urusan memandikan dan menkafankan, terdengar suara riuh rendah dari bilik menunggu seakan pergaduhan yang hebat. Timbul rasa ingin tahu dan tidak selesa dengan keadaan itu. saya mengambil keputusan untuk meninjau perkara yang berlaku. Kelihatan isteri arwah sedang menangis dan ditenangkan oleh salah seorang anak perempuannya. Pertanyaan saya tidak dijawab malahan semuanya membisu seolah tidak mahu saya tahu perdebatan ahli keluarga itu. Akhirnya saya difahamkan bahawa pertengkaran anak-anak arwah berkaitan harta peninggalannya yang belum sempat diagihkan mengikut waris.

Saya difahamkan oleh salah seorang rakan arwah yang hadir bahawa anak anaknya kesemuanya menjawat jawatan tinggi dalam kerjaya antaranya doktor dan pengetua sekolah. Apa yang menimbulkan tanda tanya dan sedikit kecewa di hati saya, salah seorang anaknya menggesa ibunya agar menguruskan segera urusan pembahagian harta itu bimbang jenazah ayah mereka tidak aman di dalam kubur. Nauzubillah. Perasaan sedih mula bertandang di hati ini mengenangkan arwah terbiar seorang diri tanpa dihiraukan anak anaknya yang lebih mementingkan urusan harta dunia dari urusan ayah mereka.

Peringatan buat kita yang masih hidup, agar benar-benar menghadami ilmu berkaitan pengurusan harta dan HIBBAH. Kenapa Islam menganjurkan HIBBAH.

Dan pentingnya sebagai anak mengetahui tanggungjawab tatacara pengurusan jenazah ini sekiranya waris-waris terdekat seperti ibu bapa kita mahupun keluarga yang telah pergi. Betapa besar pahala kiranya segala keaiban jenazah hanya diketahui oleh waris sahaja dan kesempurnaan pengurusannya juga diuruskan oleh anak-anak sebagai tanda penghormatan terakhir dan kasih sayang kepada mereka.

Saya meninggalkan jenazah dengan doa agar rohnya ditempatkan bersama para solihin. Mohon ALLAH mengampunkan segala dosa saya sepanjang menguruskan arwah dan juga mudahan ALLAH memberi taufik dan hidayah untuk anak anaknya.

Dalam Islam terdapat suatu kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan dengan faraid sebagaimana yang diputuskan di dalam AL-Quran. Ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya ( sekiranya ada ).

Wasiat kadang kala dianggap tidak penting dalam kalangan kita, khususnya orang Islam. Kematian individu yang mempunyai harta mendatangkan masalah kepada mereka yang hidup, dan mereka yang hidup akan mendatangkan masalah kepada simati, apabila si mati tidak berwasiat tentang hartanya sebelum berhijrah ke alam baqa.

Mungkin ada yang beranggapan berwasiat atau membahagi-bahagikan harta, menunjukkan kecintaan kepada dunia. Tidak kurang juga yang beranggapan, wasiat boleh diselesaikan oleh mereka yang hidup kemudian. 

Hakikatnya, wasiat sangat perlu dibuat. Apatah lagi, penyelesaian wasiat selepas kematian amat memeritkan, dan mengambil masa yang lama. Karenah birokrasi menambahkan lagi kekusutan hal ini. Yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk adalah dari khilaf saya sendiri muhun keampunan sekali lagi atas perkongsian ini. Jazakallah khairan kathira.

( Terima Kasih Pada Ainnur Mustaqim Di Atas Kesempurnaan Artikel Ini ).

5 GAMBAR Baby Bump TERKINI Tyra Adnan Isteri Syukri Yahaya..WOW!!

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya , Tya Adnan dijangka bakal melahirkan anak pertama pada Ogos depan, nampaknya sudah jelas kelihatan perutnya yang semakin membesar.

Menerusi perkongsian 'Baby Bump' di laman Instagram Tya Adnan, ada memberitahu dia bakal memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.





"Entering my third trimester soon, Kicking hard inside," tulisnya.

Sementara itu di ruang komen turut dibanjiri kata-kata semangat dan doa buat Tya agar selamat melahirkan anak sulungnya nanti.

Walau bagaimanapun, masih ada juga yang menanyakan soalan yang agak kasar. Pun begitu, Shukri muncul dengan membalas komen individu itu dengan baik.

"Awat nak pecah dah ka perut tu?" soal pengikut Tya.

"Aah, abang yang buat perut dia macam tu dik," jawab Shukri.

MH Online doakan semoga kandungan Tya sihat dan jaga pemakanan agar sama-sama sihat.

#sumber Instagram Tya Adnan

Sadis...Suami Mohon cerai sebab isteri didakwa bukan lagi dara

Seorang pengantin lelaki memohon cerai dengan isterinya kerana isterinya disahkan tidak mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan kelamin pada malam pertama.


Pengantin wanita itu, Yogita Abhiyekar-Karale, berusia 20 tahun, yang bertugas sebagai anggota polis di bandar Ahmednagar, bagaimanapun menafikan dia berlaku curang terhadap suaminya, Arjun, 25.

Kata Yogita, dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki.

"Saya mengakui saya masih anak dara lagi. Selaput dara saya mungkin telah pecah ketika jalani latihan lasak dalam pasukan polis. Itulah sebab tiada pendarahan berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin dengan suami saya," jelas Yogita.

Yogita adalah isteri kedua kepada Arjun. Mereka menjalani perkahwinan pada 22 Mei lalu.

Mengikut adat resam di Ahmednagar, pengantin lelaki berhak 'mengadakan ujian status dara' ke atas pengantin wanita iaitu dengan meletakkan sehelai kain putih ketika mengadakan hubungan kelamin di malam pertama.

Walaupun Yogita cuba meyakinkan suaminya, namun tetap ditolak. Akhirnya Arjun membawa kes mereka ini ke mahkamah untuk memohon perceraian.

Kes ini kemudian mendapat perhatian dalam masyarakat setempat dan selepas mendapat bantuan daripada beberapa persatuan, pihak polis akhirnya melakukan siasatan serta berjanji akan memberikan perlindungan kepada Yogita di bawah undang-undang yang sedia ada.

Selepas menyedari kes berkenaan mendapat liputan meluas, Arjun kini dikatakan mengubah fikirannya dan berjanji akan menarik balik permohonan perceraiannya itu.

WAJIB BACA !! Nak Kahwin Tahun Depan, Duit Tak Cukup Lagi? MULA Dengan 13 Tips Ini Sekarang !

Sempena cuti sekolah sekarang ini, ramai anak-anak muda mengambil kesempatan untuk melansungkan perkahwinan. Tahniah kepada yang dah berjaya bina rumah tangga!

Namun bagi yang masih merancang dan mungkin tak nampak ‘bayangan’ lagi siapa jodoh korang, teruskan bacaan ini. Bukan dah jumpa calon baru nak menyimpan, sudahnya pinjaman peribadi juga jadi pilihan.


1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.

2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.

3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.

4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.

5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.

6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.

7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.

8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.

9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.

10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.

11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.

12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.

13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.

Sumber : Harith Faizal

"Search Ikutkan Hati Sangat, Sekarang Mereka Rasalah" - Yazit

Selepas berita pihak penganjur ingin menuntut saman ke atas kumpulan Search, pemain drum kumpulan terbabit, Yazit pula tampil menegaskan statusnya dimana, sejak namanya dikeluarkan daripada perjanjian MOU, beliau mengambil keputusan untuk tidak mahu terlibat.


“Saman itu adalah keputusan pihak AFJets. Saya tidak campur sebab dari awal lagi saya sudah diketepikan. Jadi saya tidak tahu macam mana. Saya sudah telefon AFJets, mereka kata saya tidak ada masalah apa-apa. Masalahnya hanya pada empat ahli kumpulan yang lain sebab mereka yang tandatangan cek dan perjanjian persefahaman MOU”

“Membatalkan konsert itu sesuatu yang tidak profesional. Mereka ikutkan hati mereka sangat. Sekarang mereka rasalah. Kalau mereka cerita AFJet tidak profesional, ketuk kepala mereka sendiri tanya mereka sendiri profesional atau tidak. Belum konsert, duit sudah ambil,” katanya kepada Projek MMO berhubung perkara berkenaan.

Semalam Penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd telah menuntut saman ganti rugi sebanyak RM1.5 juta serta memberi tempoh selama 14 hari kepada kumpulan Search untuk memohon maaf secara terbuka berikutan kenytaan mereka sebelum ini yang mendakwa Afjets tidak bersikap profesional dan menampatkan perjanjian.

Sementara itu, Afjets dalam satu sidang media diadakan, telah menafikan segala tuduhan itu yang dianggap sebagai fitnah kepada pihaknya. Dalam masa yang sama, Afjetz turut mendakwa bahawa kumpulan rock itu juga melanggar perjanjian MOU selepas membatalkan konsert secara tidak sah. 

Sumber : ROTIKAYA 

Wajah Comel Cahaya Mata Sulung Hairul Azreen, Hanis Zalikha [2 Gambar]

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan suami isteri yang sedondon sentiasa iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama pada 3 Jun pukul 8.15 malam. Perkara tersebut dikongsikan oleh Hairul di Instagram miliknya.


Pasangan tersebut memilih nama Yusuf Iskandar untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan dengan berat 3.85 kilogram. Sementara itu, Instagram Hairul tidak henti-henti dihujani dengan doa dan ucapan tahniah daripada peminat.

“Alhamdulillah. Jumaat. Isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama. Syukur ke hadrat Ilahi,” tulis Hairul Azreen. Berkongsi berita gembira ini, semoga keluarga kecil ini akan terus bahagia dan dilimpahkan rezeki.